Saturday 11 June 2011
~ Teknologi Superkonduktor~
Posted by ..... at 02:36 0 comments
~Kepentingan Teknologi Robotik~
PENGETAHUAN robotik dan kecerdasan buatan semakin berkembang pesat dan kadangkadang kita tidak menyangka kemajuan teknologi yang bakal dicapai oleh kepakaran manusia dan kemodenan ilmu. Pada masa sekarang, kebanyakan robot yang dicipta adalah untuk digunakan dalam sektor industri. Robot-robot diperlukan untuk mengilang pelbagai jenis produk, yang kecil hingga yang besar, daripada barang makanan sehinggalah kepada produk teknologi canggih seperti kereta dan cip peranti elektronik. Robot-robot rutinnya diaplikasikan untuk memateri tin, mengisi sos di dalam botol, menyapu cat pada kereta, memasang skru pada perabot dan pelbagai tugasan industri lain. Segalanya dilakukan secara automatik, minda robot sedia di program untuk melakukan apa-apa sahaja.
Robot juga sering digunakan dalam projek penerokaan angkasa lepas, seperti projek National Aeronautics and Space Administration ( NASA ) ke Marikh. Satelit Measat Malaysia yang baru-baru ini dilancarkan dioperasi oleh robot dan peranti kawalan. Kelak, apabila angkasawan Malaysia mula dihantar ke angkasa lepas, beliau juga bakal bergantung kepada robot untuk banyak eksperimen angkasa, malah robot dan otak elektronik jugalah yang akan membantu beliau bergerak, melupuskan barang buangan, menentukan hala tuju orbit stesen angkasa lepas, berkomunikasi dengan bumi, dan mencatu oksigen untuk pernafasan.
Posted by ..... at 02:04 0 comments
~Teknologi Hijau~ ???
Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif aktiviti manusia.
BANGI 24 Julai - Bangunan Pusat Tenaga Malaysia (PTM) yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini signifikan dengan pelancaran Dasar Teknologi Hijau Negara yang memberi penekanan kepada empat tonggak iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial.
Bangunan Green Energy Office (GEO) PTM itu dibina dengan kos RM20 juta meliputi unsur-unsur kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui (RE).
Bangunan berkeluasan 4,152 meter persegi dengan kawasan berhawa dingin seluas 3,175 meter persegi itu mempunyai keunikan antara lain dilengkapi dengan sistem fotovoltaik bersepadu bangunan (BIPV) yang berfungsi sebagai sel menyimpan tenaga solar (suria) 93kwP (kilowatt peak).
Terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, bangunan setinggi empat tingkat itu agak unik kerana susunan plat silikon (sistem fotovoltaik) kelihatan dari jauh seolah-olah menjadi simbol penggunaan tenaga solar yang maksimum sebagai identitinya.
Bangunan tersebut dibina pada 2005 dan berjaya disiapkan dua tahun kemudian di kawasan seluas dua hektar dan kini diiktiraf sebagai GEO atau bangunan hijau pertama di negara ini.
Bangunan hijau merujuk kepada aplikasi-aplikasi Malaysia Green Index yang dibangunkan oleh Green Building Index Sdn. Bhd. di bawah seliaan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan Persatuan Perunding Jurutera Malaysia (Acem).
Dengan penerapan unsur-unsur penjimatan tenaga dan RE, bangunan tersebut menggandingkan teknologi kecekapan tenaga yang dipertingkatkan dan teknologi penjanaan tenaga daripada sumber diperbaharui.
Menurut Ketua Pegawai Operasi PTM, Ahmad Zairin Ismail, bangunan tersebut mempunyai dua ciri utama iaitu mengurangkan penggunaan tenaga dan kedua, menjana sendiri sebahagian tenaga daripada yang digunakan.
''Sistem fotovoltaik unsur-unsur kecekapan tenaga yang diintegrasikan ialah mengurangkan penggunaan cahaya elektrik dengan menerapkan unsur-unsur pencahayaan siang,'' katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Dasar Teknologi Hijau Negara dan perasmian bangunan tersebut di sini hari ini.
Menurut Ahmad Zairin, bangunan itu tidak mengguna langsung tenaga elektrik bagi menerangi ruang pejabat sebaliknya bergantung kepada 100 peratus cahaya siang.
Posted by ..... at 01:27 0 comments
~Sejarah dan Perkembangan Teknologi Televisyen~
Posted by ..... at 01:17 0 comments
Sunday 29 May 2011
~Kecanggihan Teknologi Masa Hadapan~
Sains Komputer : Masa Depan Komputer Generasi Ke-5 (Kecerdikan Buatan / Artificial
Komputer Super Canggih
Posted by ..... at 00:30 0 comments
Friday 27 May 2011
Teknologi maklumat???
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan kajian dalam bidang ini. Komponen tersebut adalah Teknologi, Organisasi dan Pengguna. Selain daripada itu terdapat juga tafsiran di mana komponen utama teknologi maklumat ialah komputer(perisian,maklumat,tatacara,manusia), rangkaian komunikasi dan tahu-guna( know-how ). Ia boleh digambarkan seperti berikut:
Posted by ..... at 06:42 0 comments