BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 11 June 2011

~Teknologi Hijau~ ???

Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif aktiviti manusia.


BANGI 24 Julai - Bangunan Pusat Tenaga Malaysia (PTM) yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini signifikan dengan pelancaran Dasar Teknologi Hijau Negara yang memberi penekanan kepada empat tonggak iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial.

Bangunan Green Energy Office (GEO) PTM itu dibina dengan kos RM20 juta meliputi unsur-unsur kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui (RE).

Bangunan berkeluasan 4,152 meter persegi dengan kawasan berhawa dingin seluas 3,175 meter persegi itu mempunyai keunikan antara lain dilengkapi dengan sistem fotovoltaik bersepadu bangunan (BIPV) yang berfungsi sebagai sel menyimpan tenaga solar (suria) 93kwP (kilowatt peak).

Terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, bangunan setinggi empat tingkat itu agak unik kerana susunan plat silikon (sistem fotovoltaik) kelihatan dari jauh seolah-olah menjadi simbol penggunaan tenaga solar yang maksimum sebagai identitinya.

Bangunan tersebut dibina pada 2005 dan berjaya disiapkan dua tahun kemudian di kawasan seluas dua hektar dan kini diiktiraf sebagai GEO atau bangunan hijau pertama di negara ini.

Bangunan hijau merujuk kepada aplikasi-aplikasi Malaysia Green Index yang dibangunkan oleh Green Building Index Sdn. Bhd. di bawah seliaan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan Persatuan Perunding Jurutera Malaysia (Acem).

Dengan penerapan unsur-unsur penjimatan tenaga dan RE, bangunan tersebut menggandingkan teknologi kecekapan tenaga yang dipertingkatkan dan teknologi penjanaan tenaga daripada sumber diperbaharui.

Menurut Ketua Pegawai Operasi PTM, Ahmad Zairin Ismail, bangunan tersebut mempunyai dua ciri utama iaitu mengurangkan penggunaan tenaga dan kedua, menjana sendiri sebahagian tenaga daripada yang digunakan.

''Sistem fotovoltaik unsur-unsur kecekapan tenaga yang diintegrasikan ialah mengurangkan penggunaan cahaya elektrik dengan menerapkan unsur-unsur pencahayaan siang,'' katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Dasar Teknologi Hijau Negara dan perasmian bangunan tersebut di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zairin, bangunan itu tidak mengguna langsung tenaga elektrik bagi menerangi ruang pejabat sebaliknya bergantung kepada 100 peratus cahaya siang.



0 comments: